Sunday, July 8, 2012

Bujang Senang Misteri, Dongeng Atau Pun Benar??? Mari Bongkarkan!!!….. Sang Bedal atau pun buaya adalah seekor mamalia yang amat digeruni oleh manusia.. Ianya mampu membunuh manusia dengan hanya menggunakan mulutnya yang amat kuat..Bujang Senang adalah sinonim di bumi sarawak..Ianya dikatakan pemangsa yang bersifat pendendam sehingga ke hari ini.. Ada yang mengatakan Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang membunuh dia… Bujang Senang Mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Dari spesies Crocodylus porosus Berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun. Bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Ada juga yang mengatakan haiwan ini bersifat pendendam kerana hanya akan membunuh individu yang didendami sahaja.. Bujang Senang tidak mengganggu sebarangan mangsa, melainkan hanya mencari keturunan yang didendami oleh nya sehingga kini..kerana keturunan yang didendami oleh nya telah melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan oleh nya..dan harus diingat, Bujang Senang sebenarnya tidak mati seperti yang diuar-uarkan selama ini..ianya masih wujud..pernah suatu ketika dahulu apabila seorang individu secara tidak sengaja terserempak dengan “beliau”..dilihatnya, kepala Bujang Senang timbul sambil melihat individu tersebut..kepala Bujang Senang tersebut sanat besar boleh dikatakan sebesar sebuah bas..oleh kerana individu tersebut sememangnya tidak berniat jahat, dan hanya mencari rezeki, kus semangat, Bujang Senang tersebut perlahan-lahan tenggelam semula ke dalam sungai tanpa mengganggu…sememangnya Bujang Senang pada masa dahulu asalnya adalah manusia..sehingalah ianya telah menjadi jelmaan Bujang Senang digeruni sehinga kini.. Adapun itu kesasiahanya masih tidak diketahui…Tetapi adakah sang bedal yang kini berada sungai sarawak juga dari keturunan Bujang Senang kerana juga mempunyai jalur putih di belakang dan mempunyai rangka yang besar?? Pada 20 tahun dulu ada juga yang melaporkan tentang kematian disebabkan keganasan haiwan ini tetapi ada juga antara mereka mengatakan haiwan yang berjaya di tangkap itu bukanlah Bujang Senang tetapi buaya yang meragut nyawa Dayang ak Bayang ialah buaya puaka betina dan berwarna putih di belakang dan telah mati dibunuh oleh polis sebanyak 100 das tembakan m16. Adakah ianya benar-benar wujud??? ataupun sekadar cerita dongeng semata-mata??

1 comment:

  1. saya cukup suka dengan cerita ni..dah saya tercari cari siapa memgang watak empaling

    ReplyDelete